Serigala timur
Serigala timur

Serigala timur

Canis lupus lycaonSerigala timur (Canis lycaon), juga dikenali sebagai serigala Tasik-tasik Besar, serigala balak timur, serigala Algonquin atau serigala rusa[2] ialah sejenis canid yang asli di bahagian timur laut rantau Tasik-tasik Besar Amerika Utara.[3] Ia merupakan spesies bersaiz sederhan yang, seperti serigala merah, berwarna kemerah-merahan-perang dan bersaiz antara koyote dengan serigala kelabu. Ia terutamanya memangsakan rusa berekor putih, tetapi kadang-kadang boleh menyerang moose dan beaver.[4][5]Identiti taksonomi serigala timur telah menjadi subjek kontroversi, dengan beberapa teori berlainan dibentangkan mengenai asal usulnya, termasuk bahawa ia merupakan satu subspesies serigala kelabu,[1] bahawa ia konspesifik dengan serigala merah,[6][7] bahawa ia merupakan hasil daripada pengacukan serigala kelabu-koyote,[8] dan bahawa ia merupakan satu spesies unik.[6][9] Setakat 2005[update],[1] serigala timur masih diakui sebagai satu subspesies serigala kelabu oleh MSW3, tetapi dikelaskan sebagai spesies tersendiri oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat pada 2013 selepas ulasan menyeluruh bagi beberapa kajian genetik. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa serigala timur berubah ansur di Amerika Utara, tidak seperti serigala kelabu yang berasal dari Eurasia, dan mencapah daripada leluhur sepunya dengan koyote dan serigala merah pada 150,000–300,000 tahun lalu.[9]Ia setakat ini disenaraikan sebagai Kebimbangan Khas di bawah Jawatankuasa Kanada tentang Status Hidupan Liar Terancam (COSEWIC) dan dengan Jawatankuasa tentang Status Spesies Berisiko di Ontario (COSSARO), oleh sebab pengacukan meluasnya dengan kedua-dua serigala kelabu dan koyote. Serigala timur terutamanya terdedah kepada pengacukan, kerana hubungan dekatnya dengan koyote dan kebolehannya untuk menjambatani aliran gen antara kedua-dua koyote dengan serigala kelabu. Selanjutnya, penindasan manusia selama jangka 400 tahun menyebabkan penurunan populasi yang mengurangkan bilangan pasangan sesuai, lalu membantu pemayaan gen koyote ke dalam populasi serigala timur. Di samping mengancam spesies unik, kacukan serigala-koyote timur yang terhasil adalah terlalu kecil untuk menggantikan serigala timur tulen sebagai pemangsa puncak bagi moose dan rusa. Nukleus utama serigala timur tulen pada masa ini tertumpu di dalam Taman Negara Algonquin.[10]